Berita UtamaDunia

Rejim Israel bom Gaza 3 malam berturut-turut

‘Lokasi Hamas’ di sebelah timur Beit Lahiya, utara Gaza jadi sasaran

GAZA, 7 Safar 1443H, Selasa – Rejim pengganas Israel mengebom Semenanjung Gaza untuk malam ketiga berturut-turut, kononnya sebagai tindak balas terhadap tembakan roket dari wilayah Palestin. 

Menurut agensi berita Wafa, pesawat Israel mengebom ‘lokasi Hamas’ di sebelah timur Beit Lahiya di utara Gaza, menyebabkan kebakaran dan memusnahkan sasaran serta kediaman berdekatan.

Israel juga mengebom sebuah tapak di sebelah barat Deir Al-Balah di tengah-tengah wilayah tersebut, dan juga sebuah lagi tapak di sebelah timur Rafah di selatan.  

Sekali lagi, sasaran dilaporkan hancur, dan harta benda yang berdekatan telah rosak.  Tidak ada laporan mengenai kematian.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan serangan tersebut.  

Rakyat Palestin mempunyai hak yang sah untuk menentang penjajahan ketenteraan Israel dengan cara apa pun yang mereka miliki. Roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza adalah sebahagian daripada tindak balas Palestin terhadap penjajahan Israel.

Ketegangan antara Israel dan Palestin meningkat sejak seminggu yang lalu, susulan enam tahanan Palestin melarikan diri dari penjara Israel dengan keselamatan tertinggi pada hari Isnin lalu. 

Pasukan Israel sejak itu menahan kembali empat orang yang melarikan diri. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button