Berita UtamaDunia

Tak mampu ‘tutup’ kegagalan, Israel serang Gaza bertubi-tubi

Serangan kejam dilakukan di Gaza tanda malu dengan kelemahan

GAZA, 7 Safar 1443H, Selasa – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam serangan terbaharu negara pengganas Israel terhadap sasaran di seberang Semenanjung Gaza.

Hamas menyifatkan tindakan rejim Tel Aviv meneruskan pencerobohan terhadap wilayah yang dikepung adalah hanya untuk menutupi kegagalannya, berikutan pelarian enam tahanan Palestin baru-baru ini dari penjara keselamatan tinggi di bahagian utara wilayah yang diduduki.

“Melalui pengeboman ke atas Gaza, rejim Israel yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menutup kelemahan dan kegagalannya setelah Operasi Freedom Tunnel, atau ketidakmampuannya untuk menghentikan perjuangan kebebasan,” kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem dalam satu hantaran yang disiarkan di laman Twitternya, semalam.

Pesawat perang Zionis telah melakukan serangan udara baharu di sebuah lokasi berhampiran kem pelarian al-Maghazi di daerah tengah Deir al-Balah.

Ia melancarkan serangkaian serangan udara di Semenanjung Gaza yang dikepung pada Isnin.

Agensi berita Shehab Palestin melaporkan pesawat perang Israel mengebom perkarangan Hamas di timur bandar sempadan Rafah.

Laporan itu menambah bahawa sebuah tapak milik pasukan pejuang yang berpusat di Gaza juga disasarkan di kawasan al-Yarmouk, yang terletak di sebelah timur kota Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button