Berita Utama

Keputusan permohonan ke UA diumum hari ini

Semakan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari: KPT

BANGI, 8 Safar 1443H, Rabu – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggil Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf akan diumumkan pada 15 September ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari, 15 September hingga 25 September 2021.

Katanya, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 September hingga 25 September 2021 di laman web UA.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 16 September setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti dinyatakan.

“Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan,” kata kementerian dalam kenyataan, hari ini.

KPT berkata, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 15 September sehingga 25 September 2021.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button