Berita UtamaDunia

3,000 keluarga diusir dari koloni tentera cetus protes di Kandahar

Diberi masa 3 hari kosongkan kediaman diduduki sejak 30 tahun lalu

KANDAHAR, 8 Safar 1443H, Rabu – Ribuan penduduk Kandahar, selatan Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan Taliban selepas diminta meninggalkan kawasan kediaman tentera.

Penunjuk perasaan berhimpun di hadapan kediaman gabenor, selepas kira-kira 3,000 keluarga diminta meninggalkan kawasan koloni tentera, menurut bekas pegawai kerajaan.

Rakaman video daripada media tempatan menunjukkan orang ramai memenuhi jalan-jalan raya di sekitar bandar Kandahar.

Kawasan berkenaan sebelum ini didiami oleh keluarga jeneral yang bersara dan anggota pasukan keselamatan Afghanistan yang lain.

Mereka yang mendiami kawasan itu sejak 30 tahun lalu hanya diberikan tempoh masa tiga hari untuk mengosongkan barangan.

Sementara itu, jurucakap Taliban enggan mengulas lanjut kejadian pengusiran itu.

Bagaimanapun, pemimpin Taliban berjanji akan menyiasat sebarang kejadian penganiayaan yang berlaku. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button