Artikel Khas

Sudah boleh masuk ke fasa endemik?

Beri perhatian pada negeri yang kurang katil wad, ICU

BEBERAPA indikator yang perlu diperhatikan selain kadar vaksinasi COVID-19 yang sepatutnya 80% ke atas adalah:

1. Kadar penggunaan katil hospital iaitu wad COVID-19 biasa, yang perlukan bantuan pernafasan dan katil ICU
2. Kadar kematian harian mengikut tarikh mati, bukannya tarikh dilaporkan
3. Kadar kematian di rumah atau Brought In Dead (BID)

Apabila ramai sudah divaksinasi, kadar penggunaan katil hospital kelihatan menurun dan kadar kematian harian juga menurun. Ini satu petanda yang baik dan vaksinasi berjaya menurunkan kes gejala teruk dan kes kematian.

Namun perhatian perlu diberikan kepada negeri-negeri yang tidak mempunyai katil wad dan katil ICU yang banyak, kerana ia boleh menjejaskan peluang pesakit yang berkategori 3, 4 dan 5 untuk sembuh dengan limitasi yang ada.

KKM perlu merancang untuk menambah katil di negeri yang kurang katil wad dan katil ICU seperti Terengganu yang hanya mempunyai 39 katil ICU untuk COVID19.

Selain itu, untuk negeri yang luas dan penduduk ramai di kawasan pendalaman seperti Sabah dan Sarawak, perkhidmatan primary care dan pemantauan CAC perlu diperkasakan agar kes BID dapat dikurangkan.

Rakyat perlu terus diberikan pendidikan kesihatan dan kempen pencegahan yang berkesan kerana pematuhan SOP dan arahan KKM yang tinggi di kalangan rakyat boleh membantu mengurangkan kes harian.

Dr Mohd Ihsanuddin Abas
Ketua Unit Kesihatan Awam I-Medik

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button