Berita Utama

500 jemaah boleh solat Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan

250 jemaah di tujuh masjid zon dan kariah, 150 jemaah di surau Jumaat

BANGI, 9 Safar 1443H, Khamis – Kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan diperluas sehingga 500 orang berkuat kuasa 17 September.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bilangan jemaah di tujuh masjid zon dan masjid kariah pula dibenarkan seramai 250 orang, manakala surau Jumaat dibenarkan sehingga 150 orang.

“Bilangan jemaah di surau yang diberi kebenaran khas untuk solat Jumaat turut ditambah kepada 100 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, surau Jumaat dan surau diberi kebenaran khas untuk Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seramai 80 orang.

Selain itu, kapasiti sehingga 200 orang pula dibenarkan menunaikan solat fardu di Masjid Wilayah Persekutuan, manakala di masjid zon dan masjid kariah dihadkan kepada 100 orang

“Jemaah solat fardu di surau Jumaat dan surau diberi kebenaran khas untuk diri solat Jumaat dibenarkan seramai 50 orang.

“Bagi surau Jumaat dan surau diberi kebenaran solat Jumaat di PPR dan PA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kepada 40 orang bagi solat fardu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button