Berita Utama

Agong zahir ucapan selamat ulang tahun ATM ke-88

Mendoakan agar ATM jadi angkatan disegani dan dihormati

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1443H, Khamis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-88 kepada seluruh warga angkatan tentera termasuk veteran serta semua yang pernah berkhidmat dengan ATM.

Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para anggota ATM khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 sejak awal tahun ini,” menurut Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

Hari ATM yang disambut pada 16 Sept setiap tahun akan diraikan secara fizikal di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 September ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button