Berita UtamaDunia

Arab Saudi berminat beli sistem pertahanan peluru berpandu Israel

Perbincangan direstui Washington sudah dibuat selama beberapa tahun

RIYADH, 9 Safar 1443H, Khamis – Arab Saudi dilaporkan menghubungi Israel mengenai kemungkinan membeli sistem pertahanan peluru berpandu dari negara haram itu, lapor majalah berita dan analisis, Breaking Defence.  

Iron Dome yang dihasilkan oleh syarikat teknologi pertahanan Israel, Rafael dan Barak ER adalah antara pilihan yang dipertimbangkan oleh Riyadh.

Sumber pertahanan Israel memberitahu majalah itu bahawa perjanjian akan menjadi realistik, selagi kedua-dua negara mendapat persetujuan dari Washington.  

Satu sumber menambah bahawa ‘minat Arab Saudi terhadap sistem Israel telah mencapai tahap yang sangat praktikal.’

Sumber yang sama dilaporkan mengatakan bahawa Riyadh telah mengadakan perbincangan peringkat rendah dengan Tel Aviv selama beberapa tahun mengenai sistem itu.  

Rundingan nampaknya mulai menjadi kenyataan selepas Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan aset pertahanan udaranya dari Arab Saudi.

Keputusan itu dibuat Washington secara senyap dengan mengeluarkan THAAD Amerika dan Patriot dari Pangkalan Udara Putera Sultan, yang terletak di luar Riyadh.  

Washington pula tidak mungkin menghalang perjanjian antara Israel dan Arab Saudi.  

Tindakan Riyadh membeli senjata buatan Israel dijangka akan mempercepat penjualan senjata dengan negara-negara Arab lain yang telah menormalkan hubungan dengan negara haram itu setahun yang lalu

Namun, Riyadh juga dipercayai sedang mempertimbangkan pilihan lain untuk membeli sistem pertahanan peluru berpandu, termasuk dari China dan Russia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button