Berita Utama

Tangani tuntutan MA63 secara bijaksana elak gerakan separatisme

Ambil iktibar situasi kucar-kacir negara jiran hingga babit kuasa luar

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 9 Safar 1443H, Khamis – Sebarang bentuk tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu ditangani dengan teliti dan bijaksana oleh kerajaan yang memerintah.

Ini terutamanya dalam bidang perundangan bagi menangani sebarang bentuk kerisauan berhubung jaminan hak rakyat di negeri Sabah dan Sarawak.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Petrajaya, Mohammad Afiq Shazwan Abd Samat berkata, perkara itu perlu dilakukan secara cermat supaya tidak berlaku suasana kucar-kacir sehingga menjurus ke arah kemudaratan.

“Cuma yang kita risaukan ialah dalam melihat isu ini berlaku gerakan separatisme yang menjurus ke arah ekstrem dan melibatkan kuasa luar.

“Banyak yang kita lihat di negara-negara jiran berlaku antara di negara serantau seperti selatan Mindanau, selatan Thailand dan Aceh, dan ada unsur-unsur seperatisme tersebut, sebab itu jadi unsur kerisauan.

“Kalau boleh kita cuba ambil iktibar untuk tidak berlaku dengan situasi sama dalam tangani masalah MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perbincangan yang bertajuk ‘Hak Bumiputera Tergadai’ di TV Pertiwi, malam ini.

Sehubungan itu, Mohammad Afiq berharap wujud usaha yang bersungguh-sungguh dalam memastikan jurang perbezaan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dapat dirapatkan.

Katanya, banyak usaha boleh dilakukan antara yang perlu diberikan keutamaan adalah melalui pengagihan peruntukan secara lebih seimbang mengikut ketetapan Perlembagaan Persekutuan.

Pautan wawancara Agenda Pertiwi

https://fb.watch/836w-ypjMI/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button