Pendapat

Waspada gerak subversif, bersama menentang anasir huru-harakan negara

Malaysia yang goyah boleh gugat kita depanI cabaran geopolitik antarabangsa

TANGGAL 16 September menandakan penggabungan antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu dan diraikan setiap tahun sebagai Hari Malaysia.

Bagi saya, ianya sama istimewanya dengan tanggal 31 Ogos, iaitu Hari Kebangsaan kerana Hari Malaysia yang kita sambut saban tahun merupakan tarikh bersatunya peribumi-peribumi di rantau ini sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Dari sudut inilah kita perlu merenung kembali bahawa kita adalah satu rumpun bangsa yang bukan sahaja banyak persamaan, tetapi banyak keserasiannya. Contohnya, kita mudah disatukan bertutur bahasa kebangsaan kita, walau banyak loghat dan dialek suku dan daerah masing-masing apatah lagi negeri. Lagipun, ianya datang dari akar yang sama juga.

Namun, saban tahun gerakan-gerakan subversif seperti gerakan keluar dari Malaysia semakin tersusun dan semakin lantang. Kita harus bersama menentang anasir-anasir ini yang cuba menghuru-harakan negara.

Malah, kita juga berhadapan dengan cabaran geopolitik antarabangsa yang boleh menggugat kita sekiranya Persekutuan Malaysia ini goyah. Lihatlah bagaimana Filipina cuba ‘klaim’ Sabah dan bagaimana kuasa besar China cuba kuasai lautan yang memisahkan geografi semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ini.

Saya berharap agar Persekutuan Malaysia terus sejahtera dan sohor sebagai sebuah negara yang punyai identiti dan jati dirinya sendiri. Kita akan terus kuat bersama, terus membangun bersama.

Selamat Hari Malaysia !

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
16 September 2021

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button