Berita UtamaDunia

Aktivis Sheikh Jarrah disenarai antara 100 individu paling berpengaruh 2021

Pasangan kembar jadi simbol perjuangan rakyat Palestin lawan ancaman Israel

RAMALLAH, 10 Safar 1443H, Jumaat – Pasangan kembar, Muna al-Kurd dan Mohammed al-Kurd atau dikenali sebagai aktivis Sheikh Jarrah, disenaraikan sebagai antara 100 individu paling berpengaruh bagi 2021, menurut Majalah Time.

Mereka menjadi simbol perjuangan rakyat Palestin yang tekad melawan dan tidak gentar dengan ancaman penjajah Israel dalam kempen menghentikan pengusiran penduduk Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqdis Timur.

Meskipun hanya menggunakan media sosial, mereka membuka peluang kepada masyarakat dunia untuk mengetahui dan menyelami perkembangan yang berlaku di penempatan berkenaan.

Tanda pagar #SheikhJarrah dan #SaveSheikhJarrah yang diguna oleh aktivitis berusia 23 tahun itu mula menjadi tular dalam media sosial di seluruh dunia bagi mendedahkan penindasan Zionis Israel yang mengusir penduduk secara paksa.

Sheikh Jarrah menjadi pencetus kebangkitan untuk penduduk Palestin terus mempertahankan hak mereka dan menyampaikan suara mereka kepada dunia.

Muna dan abangnya merupakan antara 28 keluarga yang berdepan dengan ancaman pengusiran secara paksa di penempatan Sheik Jarrah.

Mereka yang mempunyai lebih 180,000 pengikut di Twitter dan lebih daripada setengah juta di Instagram sering membuat perkongsian tentang aktiviti mereka.

Jun lalu, tentera pengganas Israel menahan aktivis terkenal di pusat gerakan untuk hebahan terhadap ancaman pengusiran warga Palestin, dari kediaman mereka di kawasan Baitulmaqdis Timur.

“Pasangan yang berkarisma dan sangat berani menyebabkan suara mereka paling dikenali,” kenyataan berkenaan. – Agens

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button