Berita Utama

Kes baharu catat 17,577 kes

Sarawak kekal rekod jangkitan tertinggi

KUALA LUMPUR, 10 Safar 1443H, Jumaat – Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini mencatat penurunan apabila merekodkan 17,577 kes berbanding 18,815 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,067,327.

Beliau berkata, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,480 kes, disusuli Selangor (2,646) dan Johor dengan 2,334 kes.

Empat negeri pula mencatatkan kes baharu melebihi 1,000 iaitu Perak dengan 1,596 kes, Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

Negeri-negeri lain pula merekodkan kes di bawah empat angka iaitu Kelantan (869), Pahang (832), Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (287), Negeri Sembilan (198), Perlis (41), Putrajaya (31) dan Labuan (10).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 76 peratus daripada 1,611 katil, manakala katil bukan ICU sebanyak 70 peratus daripada 17,043 katil. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button