Berita UtamaDunia

Pakistan gesa bantu Afghanistan pulihkan ekonomi

Tak mahu ulangi kesilapan lama biarkan rakyat berdepan krisis

ISLAMABAD, 10 Safar 1443H, Jumaat – Pakistan menggesa kuasa dunia membina hubungan dengan Taliban yang kini membentuk kerajaan Afghanistan – bagi mengelakkan risiko ketidakstabilan negara seperti yang berlaku tiga dekad lalu.

Penasihat Keselamatan Pakistan, Moeed Yusuf mengingatkan komuniti antarabangsa tidak mengulangi kesilapan lalu dengan membiarkan kehidupan rakyat Afghanistan terjejas sehingga dibelenggu krisis kemanusiaan.

Katanya, dengan keterlibatan semua ia mampu membantu ekonomi Afghanistan kembali pulih dan ‘beroperasi’ dengan lebih baik.

“Kami cuba memastikan supaya semua pihak memahami kepentingan dan tidak melakukan kesilapan lama.

“Penting untuk mencari keadilan dan kestabilan di Afghanistan, dan perkara itu menjadi fokus utama kami buat masa in,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika kuasa dunia berdebat dan penerimaan pembentukan kerajaan baharu di Kabul yang didominasi oleh Taliban, bulan lalu.

Pakistan yang merupakan negara jiran mengulangi kuasa dunia supaya berunding dengan kerajaan baharu itu dan menyediakan bantuan kemanusiaan dan beberapa bantuan lain.

Ini bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan ekonomi di negara berkenaan.

Isnin lalu, beberapa negara berjanji untuk menyumbang AS$1.1bilion untuk bantuan makanan dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha mengatasi kemiskinan penduduk Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button