Berita UtamaDunia

Rejim penjajah Israel makin biadab aniaya remaja Palestin

Zionis ancam tembak bapa yang cuba lindungi anak

TEBING BARAT, 10 Safar 1443H, Jumaat – Tentera negara pengganas Israel menganiayai dua remaja Palestin sebelum menahan salah seorang daripada mereka di kota Hebron yang diduduki.

Bapa kepada remaja berkenaan, Walid Sabarneh berkata, tentera Israel menyerang kedua-dua anaknya, Muhammad, 15, dan Ibrahim, 13, ketika mereka sedang bekerja di tempatnya.

“Saya melihat askar menolak anak-anak saya dan menendang mereka dengan but.

“Ketika saya cuba melindungi mereka, tentera mengancam akan menembak saya.

“Tentera kemudiannya membebaskan Ibrahim dan menahan Muhammad. Saya tidak tahu ke mana mereka membawanya,” katanya seperti dilapor Middle East Monitor.

Menurut Kelab Tahanan Palestin, Israel ketika ini menahan sekitar 200 kanak-kanak Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button