Berita UtamaIstimewa

Sudah boleh masuk universiti kerajaan negeri, pejuang UEC masih rasa tak cukup?

UEC sistem berasal dari gerakan antinasional?

DATUK Ding Kuong Hiing dengan lantangnya menghentam gerakan membantah pengiktirafan UEC sama ada pengiktirafan belakang tabir ataupun secara terang-terangan.

Sebenarnya, hujah-hujah Datuk Ding Kuong Hiing ini membuatkan saya tertawa sedikit kerana beliau mengatakan bahawa orang Melayu menyokong pengiktirafan UEC. Tidak mengapalah jika beliau mahu syok sendiri dengan dunianya sendiri, saya tidak mahu komen lanjut mengenai lawak beliau ini.

Tetapi kenyataan beliau ini menonjolkan apa yang paling ‘obvious’ bahawa pengelola UEC dan pejuang-pejuangnya adalah manusia-manusia yang paling tamak dan rakus.

Beliau menyebut dengan bangganya yang kerajaan negerinya mengiktiraf UEC dan telah banyak negeri lain mengiktirafnya sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti kerajaan negeri mahupun untuk kerja di bawah kerajaan negeri. Itupun masih diratib bahawa mereka ditindas dan dianiaya.

Itu belum lagi dicerita panjang mengenai kemasukan program khas perguruan untuk lepasan UEC. Betapa banyaknya ruang yang dibuka kepada mereka walaupun asal usul UEC ini adalah kerana tidak mahu ikut dasar pendidikan kebangsaan, sehingga hari ini.

Bayangkanlah jika itu pun masih tidak mencukupi bagi mereka. Apakah jika kerajaan pusat mengikitiraf UEC untuk kemasukan ke IPTA dan perkhidmatan awam kerajaan Pusat, maka mereka akan puas hati?

Saya tidak rasa begitu. Apakah mungkin selepas itu mereka akan tuntut kemasukan ke UiTM dan institusi-institusi MARA pula? Tidak mustahil sama sekali, melihat kepada perangai mereka.

Mereka boleh melabel kami yang membela sistem pendidikan negara sebagai ekstrem atau rasis. Tetapi ianya tidak akan mengubah hakikat bahawa UEC adalah suatu sistem yang berasal dari gerakan yang antinasional, dalam gelembung sempit mereka dan subversif.

Selamanya Malaysia tolak UEC, sistem subversif antinasional.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
17 September 2021

PAUTAN BERKAITAN

SUPP kecam PEMBELA berpandangan ekstrem dalam isu UEC

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button