Dunia

10 juta jemaah tunai umrah sejak 4 Oktober tahun lalu

Lengkap vaksinasi syarat penting bagi tunai ibadah umrah

JEDDAH, 11 Safar 1443H, Sabtu – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan, seramai 10 juta jemaah telah mengerjakan ibadah umrah sejak 4 Oktober tahun lalu.

Kejayaan itu susulan daripada pelaksanaan prosedur ‘keselamatan umrah’ yang dilancarkan oleh kementerian bagi membolehkan jemaah kembali ke dua masjid suci.

Selain itu, kementerian mendedahkan lebih daripada 12,000 visa telah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi menyambut kedatangan jemaah dari negara lain sejak 10 Ogos lalu.

Kementerian Haji dan Umrah turut berjanji akan terus berusaha melindungi keselamatan dan kesihatan para jemaah, petugas serta pengunjung dua masjid suci, selain menggesa semua pihak mematuhi arahan pencegahan penularan pandemik COVID-19.

Pada masa hadapan, pihak berkuasa menyasarkan untuk menerima kapasiti 3.5 juta jemaah dan pengunjung dalam masa sebulan.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Abdulfattah Sulaiman Mashat berkata, pada ketika ini, kapasiti maksimum adalah 70,000 jemaah setiap hari.

Katanya lagi, lengkap vaksinasi merupakan syarat utama bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan permit mengerjakan umrah atau mengadakan kunjungan ke sini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button