Berita UtamaDunia

PPB setuju sambung perjanjian misi UNAMA untuk 6 bulan lagi

Terus peranan dalam tegak keamanan dan kestabilan Afghanistan

NEW YORK, 11 Safar 1443H, Sabtu – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara bersetuju melanjutkan perjanjian Misi Bantuan PBB di Afghanistan (UNAMA) selama enam bulan lagi.

Tindakan berkenaan dibuat sebagai lanjutan sementara berikutan ketidakstabilan keadaan di negara itu selepas Taliban memerintah, bulan lalu.

Majlis yang dianggotai 15 delegasi itu meminta Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam laporan pada 31 Januari 2022 depan menyediakan perancangan dan strategi untuk mandat UNAMA berdasarkan perkembangan politik, keselamatan serta pembangunan sosial.

Dokumen yang disediakan oleh Estonia dan Norway itu menekankan kepentingan penubuhan kerajaan inklusif, selain menggesa supaya penyertaan penuh dan hak sama rata termasuk pembabitan wanita dalam pentadbiran kerajaan.

Malah, menekankan hak asasi manusia termasuk kepada wanita, kanak-kanak dan golongan minoriti.

Taliban yang menjadi pemerintah baharu, membentuk kerajaan sementara yang terdiri anggotanya sahaja tanpa penyertaan wanita.

Bulan lalu resolusi dewan, menggesa kebebasan diberikan kepada rakyat yang ingin meninggalkan Afghanistan selepas Taliban menjadi pemerintah.

PBB semalam bersetuju meneruskan peranan penting dalam menegakkan keamanan dan kestabilan di negara itu.

Sebahagian misi termasuk bantuan kemanusiaan akan dipertingkatkan lagi apabila ramai rakyat di negara itu melahirkan kebimbangan dengan keadaan ekonomi selepas sistem perbankan tidak berfungsi dengan sempurna.

Sementara itu, diplomat pula menegaskan, Taliban tidak membantah dengan mandat PBB yang dilanjutkan bagi meneruskan misi UNAMA. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button