Dunia

WHO tubuh pasukan penyiasat baharu kaji asal-usul COVID-19

Minta semua pihak kerjasama dan henti tunding jari sesama sendiri

GENEVA, 4 Muharram 1443H, Jumaat – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menubuhkan sebuah pasukan penyiasat baharu bagi meneruskan kajian mengenai asal-usul wabak COVID-19.

Penubuhan pasukan itu dibuat selepas China mengkritik kajian organisasi kesihatan berkenaan yang didakwa bertujuan politik.

“Setelah penerbitan laporan bersama WHO-China mengenai kajian fasa satu mengenai asal-usul virus SARS-CoV-2 pada Mac 2021, WHO menggariskan siri kajian berikutnya.

“… dan terus mengadakan perbincangan dengan anggota dan pakar mengenai langkah seterusnya,” kata WHO.

Organisasi itu bagaimanapun berkata, China dan negara-negara lain menyifatkan bahawa kajian pada Mac itu telah ‘dipolitikkan’ dan WHO bertindak kerana tekanan politik.

Pada 17 Julai, Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus mengharapkan sokongan China untuk fasa seterusnya proses kajian untuk mengenal pasti asal-usul SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan fasa pertama coronavirus.

Amerika Syarikat (AS) yang terlibat sepenuhnya dengan WHO mengkritik laporan itu bersama beberapa negara lain, dengan mendesak penyelidikan lanjut dibuat.

Desakan itu turut mendapat kritikan daripada China.

Oleh itu, WHO meminta semua pemerintah supaya tidak mempolitikkan situasi dan bekerjasama bagi mempercepatkan kajian mengenai asal-usul pandemik berkenaan.

“Asal-usul SARS-CoV-2 tidak boleh mengaitkan, menyalahkan atau menunding jari (kepada sesiapa).

“Kerana sekarang sangat penting untuk semua mengetahui bagaimana wabak COVID-19 ini bermula, untuk menjadi contoh bagi kejadian pada masa akan datang,” kata WHO. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button