Berita Utama

19 rumah teres 2 tingkat terjejas akibat tanah runtuh: Bomba

28 keluarga dipindah elak insiden tak diingini berlaku

KUALA LUMPUR, 11`Safar 1443H, Sabtu – Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini malam semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba bertindak memindahkan semua mangsa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Tiada mangsa yang cedera dilaporkan,” katanya ketika dihubungi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button