Berita Utama

Kenapa sejarah bosan?

Mata pelajaran Sejarah perlu ditulis semula dalam bentuk lebih segar dan relevan

1. JENAKA yang kita biasa dengar di sekolah dulu ialah sesiapa yang rasa susah nak tidur malam, bacalah buku teks Sejarah. Nescaya akan mudah tidur.

2. Ia adalah simbolik betapa bosannya pelajaran Sejarah sehingga menyebabkan rasa mengantuk dan tertidur. Persoalannya kenapakah sejarah membosankan?

3. Antara faktor terbesar pada pandangan saya ialah cara penyampaian dan kaedah pembelajaran itu sendiri.

4. Mata pelajaran Sejarah di sekolah disampaikan secara terlalu berfakta (factual). Para pelajar diminta menghafal nama, tempat dan tarikh secara tepat sehingga kadang-kadang nilai sejarah itu tenggelam dan tidak diberikan perhatian khusus.

5. Pada pandangan saya nilai dan pengajaran sejarah itu adalah lebih penting dan sepatutnya mendominasi kandungan mata pelajaran di sekolah.

6. Selain itu kegagalan kita mengaitkan fakta sejarah dengan realiti semasa juga menyebabkan para pelajar bosan lantaran tidak nampak relevannya topik yang dipelajari.

7. Sebagai contoh, para pejuang kemerdekaan negara sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi mempertahankan tanahair tercinta dari dikuasai penjajah secara fizikal.

8. Hari ini kita tidak perlu lagi melawan penjajah secara fizikal, jadi fakta sejarah tersebut jadi lapuk. Namun penjajahan alaf baharu yang datang secara licik melalui serangan aqidah, pemikiran dan budaya sebenarnya jauh lebih berbahaya.

9. Ia datang dalam bentuk politik, ekonomi, pendidikan, perundangan, teknologi dan media massa. Ini bermakna selain kekuatan ketenteraan, kita sebagai warganegara yang patriotik perlu mempertahankan negara dari ancaman penjajahan alaf baru ini dengan kepakaran dan kekuatan dalam semua bidang strategik ini.

10. Mata pelajaran Sejarah perlu ditulis semula dan disampaikan dalam bentuk yang lebih segar dan relevan. Supaya kita tidak melahirkan generasi yang membenci sejarah dan terus dijajah oleh musuh!

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button