Pendapat

PEMBELA gerakkan ‘projek’ strategik akar umbi seluruh Malaysia tolak UEC-CSA

Desak kerajaan beri jaminan tak akan iktiraf UEC

SEBELUM ini, kami telah bersidang dengan rangkaian-rangkaian kami di negeri-negeri untuk menggerakkan sesuatu bagi isu pengiktirafan UEC secara belakang tabir melalui CSA ini.

Secara ringkasnya, sentimen rakyat di akar umbi masyarakat tidak berapa menyedari akan usaha pengiktirafan UEC secara belakang tabir melalui CSA ini tetapi jumlah mereka yang menyedarinya juga signifikan.

Walaubagaimanapun, sebenarnya banyak lagi input-input dan maklumat-maklumat berharga di lapangan mengenai isu ini yang dapat kami perolehi melalui persidangan ini dari para hadirin.

Maka, antara teras dan fokus utama tindakan kami di negeri-negeri adalah untuk menggerakkan kesedaran di akar umbi masyarakat serta ‘engage’ dengan lebih ramai persatuan dan aktivis bagi meluaskan capaian.

Pastinya akan ada ‘projek-projek’ strategik yang akan digerakkan di negeri-negeri secara berkoordinasi dan bersepadu yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa.

Apa yang penting ialah, kita akan berusaha sehabis baik untuk bina gelombang rakyat menolak usaha pengiktirafan UEC sekurang-kurangnya sehingga kerajaan umumkan jaminan bahawa UEC tidak akan diiktiraf walaupun ada yang melobinya sebagai barang dagangan politik.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button