Berita UtamaDunia

Taliban rayu masyarakat antarabangsa bantu rakyat Afghanistan

Kemiskinan dijangka melambung hingga 97 peratus pada pertengahan tahun depan

KABUL, 13 Safar 1443H, Isnin – Pemimpin Taliban mendesak tindakan dan bantuan dari masyarakat antarabangsa – termasuk agensi penderma – untuk membantu warga Afghanistan menjelangnya musim sejuk nanti.

Dalam beberapa hari terakhir, kumpulan bantuan memperingatkan ‘krisis kemanusiaan akan berlaku’ jika bantuan dan sumber tidak dihantar ke Afghanistan.

Kemiskinan dijangka melambung hingga 97 peratus pada pertengahan tahun depan, menurut Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini kerana kelaparan dan kemarau memaksa ribuan penduduk berpindah ke bandar untuk mencari perlindungan.

Dalam wawancara dengan Al Jazeera, Menteri Pelarian Taliban, Khalil-ur-Rahman Haqqani berkata, sementara ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, ada ‘keamanan di Afghanistan dan semua orang dapat pulang’.

Katanya, dianggarkan 20,000 orang berada di Kabul dari lembah Panjshir.

“Keutamaannya adalah Kabul kerana bandar paling padat penduduk dan memiliki jumlah pelarian tertinggi,” katanya.

Haqqani turut berkata, penduduk akan diberikan bantuan untuk kembali dan membantu ‘membina semula rumah mereka’ jika rosak.

Namun sebarang interaksi dengan Haqqani cenderung rumit susulan kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menetapkan Taliban sebagai ‘pengganas global’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button