Berita UtamaDunia

Zionis mengganas, ratusan warga Palestin ditahan selepas insiden Gilboa

14 penangkapan dilapor setiap hari di Tebing Barat yang diduduki

TEBING BARAT, 13 Safar 1443H, Isnin – Tentera negara pengganas Israel menahan ratusan warga Palestin dalam beberapa hari kebelakangan ini sebagai tindak balas terhadap insiden memalukan awal bulan September.

Menurut angka dari Jabatan Hal Ehwal Rundingan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pertubuhan tahanan Palestin, Addameer lebih daripada 100 warga Palestin ditahan sejak enam tahanan Palestin berprofil tinggi meloloskan diri dari penjara Gilboa di utara Israel.

“Kami telah mendokumentasikan rata-rata 14 penangkapan setiap hari di Tebing Barat yang diduduki sejak semua lelaki itu melarikan diri.

“Ini tidak termasuk warga Palestin yang ditangkap di dalam Israel,” kata Milena Ansari daripada Addameer kepada Al Jazeera.

Semua enam lelaki yang meloloskan diri dari penjara kini kembali dalam tahanan Israel selepas dua tahanan terakhir menyerah diri kepada tentera di bandar Jenin pada awal pagi, semalam.

Terdahulu, di tengah-tengah perburuan, tentera pengganas Israel melakukan serangan balas ke atas anggota keluarga tahanan yang melarikan diri di kawasan Jenin, menahan dan menyoal siasat mereka sebelum membebaskan sebahagiannya.

Penangkapan dan serbuan turut tertumpu di Ramallah, Hebron, Nablus dan kampung-kampung sekitarnya.

Kira-kira 4,850 warga Palestin ditahan di beberapa penjara Israel termasuk 41 wanita dan 225 kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button