Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

100 tahanan Palestin mogok lapar jika rejim terus bersikap kejam

Makin tertekan, waktu rehat dan kemudahan penjara dihadkan

RAMALLAH, 14 Safar 1443H, Selasa – Kira-kira 100 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar sekiranya rejim pengganas Israel meneruskan penindasan kepada tahanan yang berjaya meloloskan diri dari penjara Gilboa, baru-baru ini.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memaklumkan, kempen mogok lapar di Penjara Ofer di Tebing Barat akan dilakukan secara besar-besaran selepas pihak penjara memungkiri janji menghentikan hukuman terhadap tahanan berkenaan.

Tekanan semakin meningkat sejak enam tahanan berjaya melepaskan diri di penjara kawalan sekuriti tinggi di utara Israel pada 6 September lalu menerusi terowong yang dikorek di bawah singki.

Terbaharu, menurut PPS, pihak penjara telah bersikap kejam apabila menutup hak lawatan, memendekkan tempoh berehat selain menutup beberapa kemudahan di dalam penjara berkenaan antaranya dobi dan kantin.

Dilaporkan kesemua tahanan Palestin yang melarikan diri telah ditahan semula di utara wilayah berkenaan.

Sebelum ini, Gerakan Jihad Islam dan beberapa ahli politik Palestin telah memberi amaran kepada tentera negara Zionis itu supaya tidak membahayakan nyawa tahanan yang berjaya ditahan semula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button