Berita UtamaIstimewa

UEC tolak sejarah negara, boleh cetus perang budaya jika diiktiraf

Sikap pemimpin 'makan diri' kerana tak bersuara sejak dahulu

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 14 Safar 1443H, Selasa – Perang budaya dan kebangsaan akan tercetus sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) – yang sukatan pelajarannya berkiblatkanTaiwan serta bertentangan Dasar Pendidikan – diiktiraf.

Sejak sekian lama, pejuang-pejuang UEC menolak sistem pendidikan termasuk dasar dan amalan perpaduan negara.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam,(ISTAC-IIUM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, apa yang diajar dalam UEC bukan kurikulum dan silibus kebangsaan sepenuhnya, sebaliknya sejarah China dan Taiwan.

“Bukan perspektif dan orientasi Malaysia. Buku teks pun bukan buku teks sekolah kebangsaan. Faktanya, bukan soal buku teks saja, tetapi soal menolak sejarah negara.

“Apa yang mereka bawakan itu bertentangan dengan dasar kita dan cuba membawa ideologi mereka untuk diterapkan kepada masyarakat di negara ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan sikap pemimpin negara yang hanya mendiamkan diri sehingga enam dekad tanpa bersuara dilihat menjejaskan masa depan negara.

“Ini semua berpunca daripada sikap baik hati pemimpin kita yang kini memakan diri, kerana mereka tidak bersuara.

“Sepatutnya pemimpin kita tidak bersekongkol dengan pejuang-pejuang UEC tetapi terus kekal menjunjung dasar pendidikan yang sedia ada,” katanya.

Silibus yang terkandung di dalam UEC tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button