Berita UtamaDunia

200 pertubuhan desak siasat keadaan tahanan Palestin di penjara Israel

Pasukan penjajah Israel seksa, ancam bunuh tahanan

TEL AVIV, 14 Safar 1443H, Selasa – Hampir 200 pertubuhan hak asasi manusia mendesak negara haram Israel bertanggungjawab penuh terhadap nyawa dan keselamatan enam tahanan yang lolos dari penjara Israel, yang kemudiannya ditangkap semula. 

Sebanyak 199 organisasi, dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, meminta diwujudkan sebuah jawatankuasa penyiasatan antarabangsa yang bebas untuk segera melihat keadaan penahanan.

“Menurut keterangan peguam, pasukan penjajah Israel menyerang mereka dengan keras sejak penangkapan itu, menyebabkan beberapa luka di badan.  

“Kecederaan itu memerlukan kemasukan ke hospital di antaranya kerana mereka telah mengalami kekerasan dan penyeksaan yang tidak dibenarkan.

“Mereka kurang tidur, dan terus disoal siasat. Pegawai juga telah membuat ancaman bunuh terhadap beberapa daripada mereka, dan saudara-mara mereka juga ditangkap sewenang-wenang untuk tujuan membalas dendam,” katanya.

Pertubuhan hak asasi manusia menekankan bahawa penganiayaan terhadap tahanan itu dianggap melanggar prinsip antarabangsa dan kemanusiaan.

Mereka turut meminta negara-negara Arab dan ekspatriat mewakili tahanan Palestin dan tahanan di penjara Israel, dan meningkatkan perjuangan mereka melalui platform media sosial.

Pada masa sama, pertubuhan-pertubuhan tersebut meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang berpusat di Hague untuk menuntut pegawai penjara Israel bertanggungjawab atas penyeksaan terhadap tahanan Palestin.

Mereka mendesak Liga Arab dan badannya untuk menyokong tahanan Palestin, dan mengaktifkan mekanisme yang berkesan di peringkat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button