Berita Utama

Nano mist tak sesuai dijadikan alat disinfeksi

Ramai anggap alat tersebut mampu hapus virus

BANGI, 14 Safar 1443H, Selasa – Penggunaan alat semburan nano mist bagi tujuan disinfeksi tidak menggantikan keperluan nyahkuman permukaan secara manual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ramai beranggapan bahawa alat tersebut berupaya menghapuskan virus di udara dan juga di permukaan.

“Nano mist spray digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19 sejak kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi digunakan serta tempoh masa pendedahan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70 hingga 90 peratus, hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

“Senarai larutan disinfeksi yang berkesan untuk SARS-CoV-2 boleh diperolehi di laman sesawang US Environmental Protection Agency https://www.epa.gov/coronavirus/about-listn-disinfectants-coronavirus-covid-19-0 yang menjadi rujukan seluruh dunia,” katanya.

Semua larutan disinfeksi yang dinyatakan tersebut tegas beliau adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.

“Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button