Pelajar perempuan di Afghanistan akan dibenar ke sekolah
Jurucakap Taliban tak sentuh mengenai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang ditutup
KABUL, 14 Safar 1443H, Selasa – Pelajar perempuan di Afghanistan akan dibenarkan kembali ke sekolah secepat mungkin, kata pemerintah Taliban memberi jaminan elepas mengumumkan baki pelantikan dalam Kabinet yang terdiri daripada semua lelaki.
“Kami sedang menyelesaikan sesuatu… perkara itu akan dilaksana kadar segera,” kata jurucakap Zabihullah Mujahid.
Kenyataan itu dibuat selepas Kementerian Pendidikan memerintahkan guru dan pelajar lelaki kembali ke sekolah menengah pada hujung minggu, tetapi tidak menyebut mengenai guru wanita dan pelajar perempuan di negara itu.
Mujahid bagaimanapun tidak menyentuh mengenai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang ditutup sejak minggu lalu.
“Kedudukan ini dianggap penting untuk fungsi Emirat,” katanya mengumumkan pelantikan Kabinet terakhir, termasuk penambahan kepada Kementerian Kesihatan.
Pelantikan pertama untuk kerajaan sementara Taliban diumumkan awal bulan ini – diambil secara eksklusif dari barisan individu yang setia, di semua jawatan penting, walaupun sebelum ini memberi jaminan mengenai pentadbiran inklusif untuk semua rakyat Afghanistan. – Agensi