Wanita jual anak luar nikah ditangkap
Dipercayai sengaja lahirkan anak dengan niat untuk jual

TUNIS, 14 Safar 1443H, Selasa – Pihak berkuasa Tunisia menahan seorang wanita tempatan yang menjual empat anaknya, dipercayai anak luar nikah.
Jurucakap kehakiman wilayah Monastir dan Mahdia di Tunisia, Farid Bin Jeha berkata, wanita itu ditangkap setelah didedahkan bahawa dia sengaja melahirkan anak-anak itu dengan niat menjualnya kepada keluarga yang mahu mengambil sebagai anak angkat.
“Wanita itu melahirkan anak luar nikah, kemudian menikah dengan ayah beberapa anak, dan ketika berlaku perselisihan faham di antara mereka, lelaki itu melaporkan penjualan anak-anak itu,” katanya.
Wanita berkenaan menyerahkan dua anaknya untuk dijadikan anak angkat, dan kemudian menyerahkan dua lagi yang lain kepada dua keluarga dengan habuan wang, di mana tindakan itu dalam kerangka ‘pemerdagangan manusia’.
“Seorang bayi telah diserahkan ke rumah jagaan kanak-kanak, sementara seorang ibu, pasangan yang memalsukan dokumen sivil bayi mendaftarkannya sebagai anak mereka.
“… dan satu lagi pasangan ibu bapa yang memperoleh anak angkat dengan bayaran juga telah ditangkap.
“Mereka akan dirujuk perbicaraan mengikut undang-undang pemerdagangan manusia,” katanya sambil menyatakan bahawa mereka menghadapi hukuman penjara hingga 15 tahun. – Agensi