Berita Utama

Ahli ISMA Johor mati lemas ketika memancing dekat Jeti Mados

Mayat diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya

KOTA TINGGI, 15 Safar 1443H, Rabu – Ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor, Amiruddin Abdul Malik, 53, merupakan salah seorang daripada mangsa yang ditemui mati lemas ketika memancing di Jeti Mados Kampung Air Putih, Ulu Tiram pada hari Isnin.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor berkata, dua mangsa itu berjaya ditemui pagi ini oleh anggota APM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas bantuan maklumat daripada orang kampung sekitar kawasan tersebut.

“Mayat berkenaan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi yang juga Ketua Zon 2, Al Hasra Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.47 malam.

Seorang lagi mangsa dikenali Ramdan Sulaiman, 50.

“Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa dipercayai sedang memancing ketika kejadian dan dipercayai lemas selepas hanya bot mereka sahaja ditemui.

“Jarak bot yang ditemui daripada jeti dianggarkan 400 meter dengan kedalaman air 15 meter.

“Bomba membuat ‘surface searching’ dibantu pasukan Polis Marin. Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM negeri Johor telah berada di lokasi bagi menjalankan pencarian di lokasi tersebut,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button