Dunia

Erdogan desak penyelesaian politik untuk konflik di Syria

Masyarakat tidak boleh biarkan krisis berlanjutan 10 tahun lagi

NEW YORK, 15 Safar 1443H, Rabu – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mendesak masyarakat antarabangsa mencari penyelesaian politik untuk mencegah konflik terus berlarutan di Syria.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan krisis Syria berlanjutan selama 10 tahun lagi. Kita perlu mempamerkan tekad yang lebih kuat untuk penyelesaian politik bagi masalah itu,” kata Erdogan dalam ucapannya pada sesi ke-76 Perhimpuan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lapor Sputnik.

Erdogan berharap pendekatan damai yang ditunjukkan negara-negara terlibat dalam penyampaian bantuan kemanusiaan ke Syria selama 12 bulan lagi akan disusuli dengan kepulangan kembali pencari suaka ke Syria.

Perang di Syria memasuki tahun kesepuluh dan Turki secara aktif terlibat dalam konflik selepas melancarkan Operasi Euphrates Shield pada Ogos 2016 yang bertujuan membasmi kumpulan pengganas Daesh/ISIS dan menghalang tentera Kurdish dari sempadannya. Bekerjasama dengan pembangkang Syria, Turki mengambil alih bandar-bandar Jarabulus, Azaz dan Al-Bab. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button