Berita Utama

Abdul Hadi masuk hospital

Kesihatan Presiden PAS merosot sebelum Aidiladha

BANGI, 12 Zulhijjah 1444H, Sabtu – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan dimasukkan ke hospital susulan tahap kesihatannya yang merosot.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan buat Ahli Parlimen Marang itu.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru.

“Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Muhammad Khalil berkata, Abdul Hadi sudah kelihatan uzur ketika pelancaran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN), baru-baru ini.

“Malah kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button