Berita Utama

Kerajaan kena bertegas, golongan songsang makin berani promosi LGBT

Ideologi mereka bertentangan dengan syarak dan nilai setempat

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 22 Syaaban 1444H, Rabu – Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa lebih tegas dalam menangani isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) supaya tidak terus mengakar dan menjadi barah dalam masyarakat.

Golongan songsang ini kelihatan ‘berani’ apabila muncul dalam perhimpunan Hari Wanita ‘Women’s March Malaysia 2023’ baru-baru ini.

Tular foto menunjukkan beberapa aktivis perarakan berkenaan mengangkat bendera LGBTQ di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur.

Slogan ‘Imagine if men are disgusted with rape as with periods’, ‘Child not pride’, ‘Trans woman are woman’ dan ‘Police your behaviour not my body’ jelas terpampang pada plakad di dalam perhimpunan itu.

Menerusi komen di media sosial, rata-rata pengguna meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lantang golongan ini menyebarkan ideologi songsang yang jelas bertentangan dengan syarak dan nilai setempat.

“Puak-puak ini akan merosakkan keamanan kehidupan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum yang telah terbina berabad lamanya dengan perbuatan songsang mereka,” kata Abdul Rahman Kamaruddin.

Ad Zawawi berkata, ini negara Malaysia penuh dengan adab dan nilai agama.

“Ada peserta Islam yang turut serta, semoga mereka bertaubat dan dapat hidayah. Dunia dah akhir zaman, tapi tugas menegur masih berjalan.

“Semua pihak kena ambil peranan kalau tak mahu murka Allah sampai ke negara ini,” katanya.

“Yang berkuasa tak pernah nak lantang dan tegas dengan pihak ekstremis seperti ini. Nak rakyat atau NGO juga yang viralkan dan beri tekanan,” tulis Najwa Hanim

Manakala Delroba Islam pula berkata, pihak kerajaan khususnya jabatan agama diminta berkeras agar LBGTQ ini tidak diiktiraf kerana perbuatan itu melebihi dan melampaui perbuatan kaum Luth.

“Kaduk naik junjung..satu persatu timbul masalah. Isu tauliah, isu pemakaian premis kerajaan, isu pedang replika kononnya menimbulkan kegusaran awam, terbaru perarakan.

“Mana janji nak angkat Islam dan Melayu ni? Ini macam nak jaga hati puak lain,” kata Haris Haikal.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button