Berita Utama

MAQIS Pulau Pinang rampas makanan haiwan bernilai RM85,656 dari Thailand

Barang dagangan dibawa masuk ke negara tanpa dokumen sah

BUTTERWORTH, 15 Safar 1443H, Rabu – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas pelbagai jenis makanan haiwan bernilai RM85,656.48 yang dibawa masuk dari Thailand di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam (DAD), di sini semalam.

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, pemeriksaan pihaknya pada jam 4.30 petang mendapati makanan haiwan sebanyak 2,700.20 kilogram (kg) itu telah dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah seperti tiada permit import dan sebagainya.

“Berdasarkan maklumat awal, kesemua dagangan itu dibawa masuk ke negeri ini untuk pasaran Malaysia dan perbuatan mengimport keluaran pertanian serta haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, MAQIS akan terus komited dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button