Rejim Israel terus mengganas tangkap penduduk Palestin tanpa sebab
Zionis makin kerap serbu rumah tanpa waran geledah
TEBING BARAT, 15 Safar 1443H, Rabu – Rejim negara pengganas Israel menahan sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin dari pelbagai bahagian tanpa alasan munasabah.
Menurut sumber tempatan dan pasukan keselamatan, tentera mengepung seorang penduduk Palestin selepas menggeledah rumah keluarganya di kem pelarian Jalazone, di utara bandar Ramallah.
Di Baitulmaqdis Timur, puluhan tentera Israel bersembunyi di sebuah bas mini menyerbu kem pelarian Shuafat dan menahan empat yang lain.
Sementara itu, sumber mengesahkan serbuan sama di bandar Jericho, mengakibatkan penahanan yang lain.
Tentera rejim Zionis sering menyerang rumah penduduk Palestin – hampir setiap hari di Tebing Barat – dengan alasan memburu orang yang ‘dicari’ sekali gus mencetuskan ketegangan dengan penduduk.
Serbuan itu – yang turut berlaku di daerah di bawah kendalian Pihak Berkuasa Palestin – dilakukan tanpa waran penggeledahan.
Mengikut undang-undang tentera Israel, komander tentera mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman penuh terhadap tiga juta penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat. – Agensi