Berita Utama

PBB salur RM188 juta selamatkan sistem kesihatan Afghanistan

Bantuan bolehkan operasi hospital dan pusat COVID-19 hingga hujung tahun

KABUL, 16 Safar 1443H, Khamis – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan dana kecemasan sebanyak AS$45 juta (RM188 juta) kepada Afghanistan dalam usaha membantu mengembalikan sistem kesihatan yang kritikal di negara berkenaan.

Ketua Kemanusian PBB, Martin Griffiths memaklumkan, pemberian dana itu dibuat demi menyelamatkan banyak nyawa.

“Membiarkan sistem kesihatan di negara ini menyebabkan keadaan lebih kritikal,” katanya sambil menambah bantuan ubat-ubatan, bekalan kesihatan dan bahan bakar hampir habis serta gaji kakitangan kesihatan tidak dapat dibayar.

Semua keadaan ini berlaku selepas Taliban mengambil alih pemerintahan negara menyebabkan pihak antarabangsa termasuk dari Bank Dunia dan Kesatuan Eropah (EU) telah membekukan bantuan kepada Afghanistan.

Menerusi dana yang disalurkan itu membolehkan PBB dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus memastikan operasi di hospital, pusat rawatan COVID-19 dan beberapa kemudahan kesihatan beroperasi sehingga hujung tahun ini.

Martin menambah, PBB bertekad untuk meneruskan bantuan kepada rakyat Afghanistan terutama ketika mereka memerlukan bantuan dan berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum ini, agensi bantuan menjangkakan krisis kemanusiaan akan berlanjutan sekiranya tiada bantuan dari negara lain.

Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, 90 peratus klinik-klinik akan ditutup tidak lama lagi berikutan keadaan semakin kritikal.

Sementara itu, jurucakap Tabung Kewangan Dunia (IMF), Gerry Rica pula menyatakan kebimbangan dengan keadaan ekonomi di negara itu, pemindahan dana dalam kuantiti boleh diberikan namun bantuan antarabangsa masih lagi dibekukan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button