Berita UtamaDunia

Zionis musnahkan kampung di Lembah Jordan bina takungan air gergasi

Guna jentolak  bagi meratakan kawasan

KARDALA, 16 Safar 1443H, Khamis – Tentera negara haram Israel terus bertindak zalim apabila meroboh dan membersihkan beberapa kawasan di Kampung Kardala, utara Lembah Jordan lapor agensi berita Wafa.

Aktivis Hak Asasi Manusia, Aref Daraghmeh berkata, tentera Zionis menggunakan jentolak sehingga kawasan selatan kampung bagi meratakan lokasi berkenaan.

Tindakan dilakukan sebagai persediaan pembinaan takungan air gergasi yang akan dikendalikan syarikat milik Israel, Makorot.

Syarikat yang melanggar undang-undang antarabangsa itu memusnahkan dan merampas sumber air di kawasan Palestin bagi meningkatkan bekalan air ke tanah jajahan haram Israel.

Ketua Komuniti Kampung Kardala, Ghassan Fuqaha melahirkan kebimbangan dengan pencerobohan itu yang seolah-olah membuka jalan untuk membolehkan lebih banyak tanah Palestin diambil dan digunakan bagi pembinaan pembangunan serta infrastruktur.

Lembah Jordan mempunyai tanah pertanian yang subur namun Israel berkeras tidak memberi kebenaran dan kemudahan kepada rakyat Palestin untuk melakukan sebarang aktiviti di sana. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button