Berita UtamaDunia

Ketua Penjara Gilboa digantung tugas

IPS dakwa Freedy Ben-Sheerit gagal laksanakan tugas

BAITULMAQDIS,17 Safar 1443H, Jumaat – Pihak berkuasa negara penjajah haram, Israel menggantung sementara tugas Ketua Penjara Gilboa, Freddy Ben-Sheerit.

Ia susulan insiden enam tahanan Palestin yang berjaya meloloskan diri selepas menggali lubang di bawah sinki dalam sel, penjara keselamatan tinggi, di utara negara itu.

Akhbar Haaretz memaklumkan, Pesuruhjaya Perkhidmatan Penjara Israel, Katy Perry, kemungkinan menyingkirkan Ben–Sheerit daripada daripada jawatan berkenaan.

Namun Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) pula melaporkan menolak penyingkiran itu kerana siasatan kes masih diteruskan.

Sementara itu, Ben-Sheetrit pula berkata, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya walaupun IPS menyifatkan beliau gagal menjalankan tanggungjawab.

Pada 6 September lalu, enam tahanam Palestin melarikan diri dari penjara Israel melalui terowong yang digali di bawah sinki.

Bagaimanapun, polis Israel mengesahkan kesemua tahanan ditangkap semula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button