Dunia

350,209 terkorban dalam konflik di Syria: PBB

PBB bina model statistik untuk dakwa pihak bertanggungjawab

DAMSYIK, 18 Safar 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 350,209 terbunuh dalam konflik peperangan di Syria, kata agensi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi laporan terbaharunya sejak tahun 2014.

Angka tersebut termasuk bilangan penduduk awam dan anggota kumpulan penentang berdasarkan metadologi teliti termasuk tarikh serta lokasi kematian, selain kemungkinan jenis wabak yang mengakibatkan korban.

“Dalam hal ini, kami berjaya menyediakan senarai 350 mangsa, dengan 209 daripadanya individu dikenal pasti terbunuh di dalam konflik antara Mac 2011 hingga Mac 2021.

“Ini hanyalah jumlah (korban) minimum yang dapat disahkan, dan ia sama sekali tidak serupa dengan jumlah sebenar mereka yang terkorban,” kata Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet.

Bachelet menambah, seorang daripada mangsa bagi setiap 13 korban adalah dalam kalangan wanita atau kanak-kanak.

Katanya, menerusi laporan terakhir yang dikeluarkan pada Ogos 2014 mendapati sekurang-kurangnya 191,369 penduduk terkorban dalam konflik di Syria.

Katanya lagi, PBB sedang membina model statistik bagi memberi gambaran sebenar situasi di Syria yang mungkin boleh membantu mencari pihak perlu dipertanggungjawabkan atas pembunuhan berlaku. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button