Berita Utama

Terengganu buka PKRC baharu di Stadium Tertutup Gong Badak

Berkapasiti 1,200 katil susulan penutupan tiga PKRC di IPTA

KUALA TERENGGANU, 19 Safar 1443H, Ahad – Terengganu membuka sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang baharu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, yang mula beroperasi, hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pembukaan PKRC yang berkapasiti 1,200 katil itu, adalah susulan penutupan tiga PKRC di Institut Pengajian Tinggi Awam yang kini sedang bersedia untuk menerima kemasukan pelajar pada 15 Okt ini.

“Pembukaan PKRC baharu ini bukanlah bermaksud situasi COVID-19 di Terengganu semakin teruk,”   katanya.

Tiga PKRC tersebut, yang ditutup secara berperingkat sejak bulan lepas, ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering di sini, Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Nerus dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan di Besut.

Dalam pada itu, Dr Kasemani berkata, dianggarkan seramai 138,100 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negeri ini layak menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

“Daripada jumlah itu, seramai 101,000 remaja adalah pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan pelajar sekolah swasta. Setakat semalam, kita telah memberi suntikan kepada 30,494 remaja,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button