Berita Utama

Harga petrol, diesel turun 3 sen dan 6 sen

Harga baharu 3 produk petroleum kuat kuasa 7 hingga 13 November

BANGI, 20 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Harga runcit RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 3 sen serta 6 sen seliter, bagi tempoh 7 November hingga 13 November 2020.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan harga terbaharu bagi RON95 adalah RM1.61 seliter berbanding RM1.64 seliter sebelumnya.

Sementara, bagi produk RON97 adalah RM1.91 seliter, berbanding RM1.94 minggu lalu.

Menurut harga baharu bagi produk diesel pula adalah RM1.68 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button