Berita UtamaDunia

Taliban gantung mayat penjenayah di tengah bandar Herat

Sebagai amaran cegah perbuatan jenayah haram

HERAT, 19 Safar 1443H, Ahad – Pemerintah Taliban menayangkan empat mayat, dipercayai terbabit kes jenayah – yang mana salah seorang daripada mereka digantung di sebuah kren di Dataran Mostofiat, tengah bandar berkenaan.

Ketua Polis Herat, Ziaulhaq Jalali berkata, tindakan itu sebagai langkah mencegah perbuatan jenayah di negara itu.

“Tindakan dibuat sebagai amaran keras kepada semua penjenayah bahawa mereka tidak akan selamat sekiranya terlibat dengan perbuatan haram,” katanya.

Terdahulu, Taliban berjaya menyelamatkan dua beranak yang terdiri seorang bapa dan anak kecil daripada menjadi mengsa penculikan daripada penjenyah.

Bagaimanapun, sebelum kesemua penjenayah berjaya ditembak mati, telah berlaku berbalas tembakan menyebabkan ramai yang cedera termasuk orang awam.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohammad Nazir berkata, ketika kejadian, dia sedang membeli makanan berhampiran dataran berkenan, terdengar pengumuman yang memanggil semua penduduk melihat mayat yang digantung tinggi.

Seorang lagi penduduk Wazir Ahmad Seddiqi berkata, tiga mayat dibawa dari bandar Herat untuk dipamerkan kepada orang awam manakala seorang lagi dibawa dari bandar lain untuk tujuan sama.

Agensi berita AP pula menunjukkan orang ramai memenuhi kawasan awam di dataran berkenaan, selepas melihat mayat digantung aras tinggi sambil melaungkan sesuatu ke arah mayat penjenayah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button