Berita Utama

KKM benarkan suami temani isteri di bilik bersalin

Suami perlu negatif ujian COVID-19 sebelum dibenarkan menemani isteri

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1443H, Isnin – Suami yang lengkap menerima dos vaksin COVID-19 akan dibenar menemani isteri yang bakal melahirkan anak dalam bilik bersalin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selain itu suami juga perlu negatif ujian COVID-19 sebelum dibenarkan menemani isteri mereka.

“Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian COVID-19 dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin,” katanya dalam entri terbaru di laman Twitter rasminya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab permintaan seorang pengguna media sosial itu yang memohon agar golongan bapa yang lengkap divaksinasi dan keputusan ujian COVID-19 negatif, dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.

Entri Khairy itu kemudian dibalas oleh Dr Noor Hisham yang menyatakan: “Ya, akan laksanakan apa yang diperlukan.”

Sebelum ini hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri dalam bilik bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas akibat penularan wabak COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button