Berita UtamaDunia

32 syahid selepas 4 jam tamat jeda kemanusian

Wanita, kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan Israel

GAZA 17 Jamadilawal 1445H, Jumaat – Kira-kira 32 penduduk Palestin syahid dan puluhan yang lain cedera dalam serangan udara rejim Zionis di semenanujung Gaza sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir pagi tadi.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, dalam tempoh emoat selepas jeda kemanusiaan berakhir, angka kematian rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel terus meningkat.

“Puluhan penduduk juga cedera yang kebanyakan wanita dan kanak-kanak cedera,”katanya.

Jeda antara rejim Zionis dan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), yang berkuat kuasa pada 24 November, berakhir pagi tadi.

Tembakan kuat terus berlaku di timur Semenanjung Gaza sejurus selepas tamat gencatan senjata, menurut seorang wartawan Anadolu di lapangan.

Katanya, pertempuran sengit antara rejim Israel dan pejuang Palestin juga sedang berlaku di utara dan tengah Semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button