Berita UtamaDunia

Penduduk Gaza makin terdesak, perlu bantuan segera

Palestin rayu Sudan kembalikan dana yang dijanjikan pada Hamas

RAMALLAH, 20 Safar 1443H, Isnin – Pihak Berkuasa Palestin menggesa Sudan menyerahkan semula aset yang didakwa digunakan untuk membantu Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh yang rapat dengan Presiden Mahmoud Abbas menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, dana berkenaan diperlukan untuk kegunaan penduduk terutama di Semenanjung Gaza.

“Kami harap Sudan, yang sentiasa menyokong rakyat dan negara mengembalikan semula bantuanyang dijanjikan.

“Ini memandangkan ramai rakyat terkepung dengan tentera Zionis dan memerlukan wang untuk membeli makanan terutama di Gaza,” katanya.

Tindakan rejim pengganas Israel mengepung dan menghukum rakyat Palestin tanpa alasan membuatkan keadaan kini semakin tertekan.

Menurut Biro Statistik Palestin (PCBC), kadar kemiskinan rakyat di Gaza kini mencapai 53 peratus, manakala kemiskinan yang melampau pula kini mencecah 38.8 peratus.

Lebih menyedihkan, kira-kira 68 peratus keluarga di Gaza kini tidak mempunyai makanan yang mencukupi.

Manakala 80 peratus lagi penduduk di situ bergantung sepenuhnya kepada bantuan yang disalurkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button