Berita UtamaDunia

Tentera pengganas Israel, penduduk haram larikan diri dari Nablus

Keberanian Pemuda Palestin sebabkan lebih 500 penceroboh Yahudi beredar

NABLUS, 20 Safar 1443H, Isnin – Keberanian para pemuda Palestin berdepan dengan penduduk haram Israel yang diiringi tentera dalam satu pertempuran di Nablus, membuat mereka melarikan diri dari kawasan itu.

Pertempuran yang berlaku pada malam Ahad itu tercetus selepas tentera Israel memaksa rakyat Palestin memberi ruang kepada penduduk haram untuk mengunjungi Makam Nabi Yusuf, lapor Quds News Network.

Dengan iringan pasukan keselamatan, sekurang-kurangnya 12 bas yang membawa sebanyak 500 penduduk haram Israel memasuki Nablus untuk menunaikan sembahyang Talmud di Makam Nabi Yusuf.

Video tersebar di media sosial menunjukkan pasukan tentera menembak tanpa henti ke arah sebuah bangunan kediaman semasa serbuan itu.

Mereka melepaskan gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah ke arah pemuda Palestin, yang berusaha menghentikan pencerobohan tentera serta penduduk haram Israel.

Tiada laporan mengenai kecederaan di kalangan rakyat Palestin walaupun terdapat serangan berat.

Pertempuran itu berlaku kurang dari sehari selepas tentera menembak mati sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin, termasuk seorang remaja lelaki, di seberang Tebing Barat yang diduduki. 

Tentera Israel sering ke Nablus untuk menemani para penduduk haram Israel ke lokasi bersejarah, mencetuskan protes penduduk Palestin.  

Mereka juga berulang kali menyerang kediaman dan menangkap pemuda Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button