Berita UtamaDunia

39 pelombong Totten Mine terperangkap 24 jam di bawah tanah

Diselamatkan menerusi sistem tangga sekunder oleh pasukan penyelamat

MONTREAL, 21 Safar 1443H, Selasa – Kira-kira 39 pelombong di Totten Mine, bandar Sunbary, timur Kanada terperangkap beberapa kilometer di bawah tanah selama 24 jam susulan kemalangan terputus akses pintu keluar utama.

Jurucakap syarikat perlombongan Vale, Danica Pagnutti memaklumkan, tiada laporan kecederaan dalam insiden itu dan kesemua yang terperangkap selamat serta dibekalkan dengan makanan dan minuman.

“Pasukan penyelamat telah sampai ke pelombong penambang dan memindahkan mereka melalui sistem tangga keluar sekunder,” kata Pagnutti dalam satu kenyataan.

Kesemua pekerja berkenaan terperangkap pada kedalaman 914 meter hingga 1.2 kilometer di bawah tanah.

Beliau menjelaskan insiden berlaku apabila sebuah peralatan berat telah bertembung dengan lif sistem pengangkutan utama.

Sementara itu Ketua Menteri Ontario, Doug Ford pula menyifatkan proses menyelamat itu bukan kerja yang mudah dan mengambil masa yang lama.

“Kami memahami bahawa proses menyelamat ini akan memakan masa dan sangat lega apabila pelombong ketika ini tidak mengalami kecederaan,” ciapnya menerusi Twitternya.

Semua operasi di lombong Totten di Sudbury, Ontario dihentikan serta-merta, dan pihak syarikat menyatakan kerja-kerja penilaian dibuat terlebih dahulu sebelum meneruskan pengeluaran kakitangan terperangkap.

Lombong terbabit telah ditutup pada 1972, tetapi diteruskan operasi pada 2014.

Pada enam bulan pertama 2021, kira-kira 3,600 tan nikel diekstrak daripada syarikat perlombongan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button