Berita UtamaDunia

Janji Taliban mahu jadi negara bebas perang makin terhakis

Beberapa siri serangan dengan ISKP berlaku hingga korbankan orang awam

KABUL, 21 Safar 1443H, Selasa – Selepas lebih sebulan mentadbir Afghanistan, Taliban memberi jaminan kononnya keselamatan di negaranya itu terjamin dan bebas daripada peperangan.

Namun, jaminan berkenaan sekadar janji kosong semata-mata apabila berlaku beberapa siri serangan dengan kumpulan pengganas ISIS.

Dalam tempoh enam minggu Taliban mentadbir, Gabungan Negara Islam-Khorasan (ISKP) telah menyerang dan mengganggu beberapa bandar di Kabul, Jalalabad dan Mazar – i- Sharif.

Malah, pada 26 Ogos lalu kira-kira selepas 11 hari Taliban berkuasa, ISKP mendakwa terlibat dalam pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul sehingga mengorbankan 180 orang awam dan ratusan yang lain cedera.

Tidak lama selepas itu, turut dilaporkan beberapa siri serangan berlaku di bandar Jalalabad dan wilayah Nangarhar yang merupakan satu daripada sasaran utama ISKP.

Dalam siri serangan berkenaan, ISKP menggunakan letupan IED dan membunuh orang awam serta tentera Taliban.

Menerusi Telegram, ISKP mengaku membunuh lebih 35 tentera Taliban di Jalalabad namun jumlah tersebut dinafikan pihak Taliban.

Malah Taliban tetap meneruskan janjinya dan mahu membuktikan akan menghapuskan rangkaian kumpulan ISIS berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Maklumat dan Kebudayaan, Zabihullah Mujahid memberitahu al-Jazeera, kumpulan pengganas berkenaan masih aktif dan sengaja menggangu dan mencari kekacauan di Afghanistan.

Malah Taliban mendakwa pihaknya turut melancarkan tindakan kekerasan terhadap kumpulan ISKP dan menahan sekurang-kurangnya 80 orang anggota kumpulan berkenaan di wilayah Nangarhar, kubu kuat ISKP.

Selain itu Taliban terus menunjukkan kehebatan apabila mendakwa membunuh Mawlawi Ziya ul-Haq, yang juga dikenali Abu Omar Khorasani, bekas pemimpin ISKP di Kabul. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button