Berita Utama

Pegawai syariah perlu hayati semangat ‘Keluarga Malaysia’

Bertanggungjawab pastikan hukum syarak dilaksanakan adil, saksama

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1443H, Rabu – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru pegawai syariah menghayati semangat ‘Keluarga Malaysia’ serta tanggungjawab bagi memastikan hukum syarak dilaksanakan dengan adil dan saksama dengan meletakkan standard yang tinggi dalam melaksanakan usaha keadilan Islam.

Ismail Sabri berkata walaupun mahkamah syariah di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang eksklusif dan tersendiri di setiap negeri, namun ia bukan penghalang bagi institusi tersebut bergerak secara bersama atas semangat ‘Keluarga Malaysia.’

“Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbiran saya meletakkan kepentingan masyarakat dan rakyat di tempat yang utama.

“Keluarga Malaysia akan saling bertolak ansur, menggalakkan persefahaman, bekerjasama untuk kebaikan, mengelakkan konflik yang merosakkan dan memfokus kepada persamaan matlamat,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa 2021 (PKA 2021) secara rakaman video di sini hari ini.

Ismail Sabri juga mahu hakim syarie dan pegawai syariah negara ini mengamalkan sikap integriti yang tinggi dan sentiasa dalam keadaan tenang dalam membuat sesuatu keputusan atau melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button