Berita UtamaDunia

Taliban rayu India buka semula penerbangan

Beri jaminan kerosakan di lapangan terbang telah dipulihkan

 

KABUL, 22 Safar 1443H, Rabu –Taliban menulis surat kepada India supaya meneruskan semula penerbangan komersial antara dua negara itu, menurut agensi berita ANI.

Jurucakap Taliban, Abu Qahar Balkhi berkata, penangguhan operasi penerbangan antarabangsa turut menyebabkan ramai rakyat Afghanistan terkandas.

Tindakan berkenaan turut menghalang banyak pihak memasuki negara itu sama ada untuk belajar atau bekerja.

“Kerosakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul telah selesai dan boleh beroperasi sepenuhnya bagi penerbangan domestik dan antarabangsa,” katanya.

India menghentikan penerbangan ke Kabul sejak 15 Ogos lalu, selepas Taliban mengambil alih pentadbiran di negara itu.

Taliban minggu lalu juga meminta syarikat penerbangan di negara lain meneruskan semula operasi dan berjanji untuk bekerjasama sepenuhnya.

Sehingga kini, hanya beberapa penerbangan bantuan yang beroperasi di Kabul.

Pada 13 September lalu, Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan menjadi pesawat pertama yang membuat penerbangan keluar dan masuk ke lapangan terbang berkenaan dalam tempoh sebulan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button